Selamat Datang ke Add-On Rumi ke Jawi.
Menukar teks keseluruhan dokumen kepada tulisan Jawi.
Menukar perkataan tertentu mengikut keperluan anda.
Add-On ini sangat berguna untuk pelbagai tujuan, termasuk:
Penyediaan dokumen rasmi.
Bahan pendidikan dan pembelajaran.
Penulisan artikel atau buku dalam tulisan Jawi.
Mengapa Pilih Add-On Ini?
Mesra Pengguna: Mudah digunakan tanpa perlu sebarang latihan teknikal.
Automasi Penuh: Penukaran dilakukan terus dalam dokumen anda, menjimatkan masa dan usaha.
Tepat dan Boleh Diubah Suai: Hasil penukaran boleh diedit untuk memenuhi keperluan anda.
Menambah perkataan Baru: Anda juga boleh menambah perkataan baru yang belum ada di dalam database.
Jom mudahkan kerja anda dengan Add-On Rumi ke Jawi!
Cara Memulakan:
Pasang Add-On ini melalui pautan yang diberikan.
Buka Google Docs dan akses Add-On Jawi Converter dari Side Panel. (Gambar 1)
Pilih menu mudah untuk menukar teks Rumi anda kepada Jawi. (Gambar 2)
Convert Document - untuk menukar keseluruhan dokumen tersebut kepada teks Jawi.
Convert Selected Text - untuk menukar perkataan tertentu sahaja kepada teks Jawi.
Add New Word - jika selepas conversion masih ada perkataan yang kekal sebagai Rumi, bermaksud perkataan tersebut tiada dalam database (Gambar 3). Anda boleh menambah teks Jawi untuk perkataan tersebut ke dalam database dengan menggunakan pilihan menu ini. Dengan melakukan penambahan ini, anda akan dapat menggunakan perkataan tersebut pada masa akan datang apabila diperlukan. Untuk tujuan conversion perkataan itu kepada Jawi anda boleh gunakan;
Copy hasil conversion dan paste ke dalam ruang yang disediakan (Gambar 4).
Harap maklum bahawa anda berpeluang melakukan pertukaran teks Rumi ke Jawi sebanyak 10 sahaja sebagai percubaan. Selepas itu anda perlu melakukan Key Activation untuk membolehkan anda menggunakan Add-On Jawi Converter tanpa had selama-lamanya (Gambar 5). Untuk mendapatkan KEY, anda perlu membuat pembayaran melalui menu yang disediakan.
Selepas memasukkan butiran dan pembayaran berjaya disahkan, KEY untuk tujuan pengaktifan akan diterima melalui akaun emel yang anda gunakan untuk Google Dics tersebut (Gambar 6).
Mulakan transformasi teks Rumi kepada Jawi anda hari ini!
Nota:
Anda boleh merujuk Polisi Privasi di sini: Polisi Privasi
Anda boleh merujuk Terma Perkhidmatan di sini: Terma Perkhidmatan